Video Nasi Kebuli.
Penduduk Kampung Jeram Landak datang bersama-sama
membersihkan ayam untuk memasak nasi kebuli.
Ayam yang telah dibersihkan akan dilayur di atas
api untuk membuang bulu yang tertinggal.
Ayam dipotong kaki dan kepala sebelum direbus.
Ayam direbus bersama-sama dengan rempah ratus istimewa.
Ayam yang telah direbus akan digoreng pula.
Ayang rebus yang telah digoreng.
Ayam dipotong-potong sebelum dihidangkan
kepada tetamu.
Nasi dimasak menggunakan air rebusan ayam
untuk membuat nasi kebuli.
Memasak nasi kebuli.
Nasi kebuli perlu dikacau rata-rata
semasa memasaknya.
Nasi yang hampir masak akan ditutup
menggunakan daun tutor.
Penduduk kampung Jeram Landak yang terkenal dengan
kumpulan marhaban dan dikir rebana maka tidak
hairanlah, dikir akan dinyanyikan bersama walaupun
semasa menunggu nasi kebuli dihidangkan....
Nasi kebuli siap untuk dihidangkan kepada tetamu.
Yang ini jangan ditanya atau dicari jika tidak datang
semasa operasi memasak di dapur atau 'sabak'.
Menjadi rebutan kerana rasanya yang
amat enak.... KERAK NASI KEBULI.
Gambar oleh: Pn. Zarina Busu, En. Zali Busu dan En. Yusof Latif.
No comments:
Post a Comment