Panggung Paradise (1970an).
Pada sekitar penghujung tahun-tahun 1960an sehigga awal tahun 1970an, sambutan hari raya samada hari raya Aidilfitri atau hari raya Aidiladha. Hari raya yang kedua adalah merupakan hari yang sangat meriah di Stesen Keretapi Mela.
Seperti ada yang tidak kena dan tidak lengkap untuk menyambut kedua-dua hari perayaan tersebut bagi penduduk Kampung Jeram Landak sekiranya pada hari kedua perayaan cuma duduk diam di rumah sahaja. Tanpa mengira status, jantina, dan usia, mereka beramai-ramai keluar ke Bandar Kuala Lipis bagi merayakan hari raya kedua.
Keretapi menjadi pengangkutan utama kerana inilah sahaja pengangkutan yang ada untuk pergi ke bandar Kuala Lipis. Pada hari tersebut, gerabak keretapi penuh dengan manusia dari kampung seperti Mela, Kerambit, Jeram Landak, Ganding, Talus/Dala, Batu 9, Sibar, Lentang..dan Kuala Lanar. Semua gerabak dipenuhi dengan penumpang yang ingin ke Kuala Lipis hanya dengan satu tujuan. Menonton tayangan wayang gambar, dan tempatnya ialah di Panggung Paradise, di Bandar Kuala Lipis.

Tapak Panggung Paradise (2011)
Panggung Paradise yang kini telah tinggal kenangan. Maka pada hari tersebut penuh sesak panggung dengan segala rupa manusia. .Ada yang datang bersendirian, bersama pasangan atau berkeluarga.
Menurut sejarah, Panggung Paradise adalah satu-satu pusat hiburan yang wujud di Kuala Lipis pada masa itu... Panggung yang sering menayangkan filem-filem yang menggamit hati penduduk dan sentiasa menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat di Daerah Lipis.

Pada setiap hari sabtu, panggung ini membuat tayangan dengan bayaran murah (cheap matinee). Bayaran tiket untuk orang dewasa adalah sebanyak 40 sen dan kanak-kanak sebanyak 20 sen, setiap kali tayangan. Tayangan 'matinee' bermula pada jam 11.00pagi. Pada Jam 2.00petang, pula dengan kadar bayaran biasa iaitu 65 sen untuk dewasa sementara 40 sen untuk kanak-kanak..
Pelakun-pelakun inggeris seperti Clint Eastwood, Lee Van Cleef, Burt Reynolds, Charles Bronson, Terence Hill, Burt Spencer mewarnai tayangan filem di Panggung Paradise masa tu..Kesemuanya merupakan hero filem koboi dan lawak pecah perut..Kalau menonton ceritanya seminggu tidak habis dijaja. The Good,The Bad and The Ugly, For A few Dollars More, adalah antara filem-filem koboi yg menarik perhatian.

Walaupun sebenarnya cerita tersebut sudah bertahun diputarkan di Kuala Lumpur, tetapi di Kuala Lipis, masih mendapat sambutan hangat. Kebiasaannya poster-poster yang mengiklankan filem yang akan ditayangkan di panggung akan dihantar ke kampong melalui perkhidmatan keretapi.
Pengurus panggung Paradise, yang lebih dikenali sebagai 'Cina Uban' akan menguruskan segalanya.Nyonya penjual tiket yang raut wajahnya kelihatan sentiasa marah-marah, dan Dollah Pendek, pengutip tiket wayang yang berbekalkan lampu suluh untuk menunjukkan tempat duduk pdnonton dalam kegelapan panggung.

Kalau dibulan ramadhan, Panggung Paradise benar-benar menjadi syurga kepada sesiapa yang tidak berpuasa. Apabila panggung digelapkan untuk memulakan tayangan, maka terbaulah roti canai, murtabak, nasi ayam Thye Heng, bunyi sedutan air kotak dan bau serta kepulan asap rokok dari dalam panggung.
Bangunan Panggung Paradise merupakan bangunan dua tingkat..Tingkat bawah menempatkan ruang tayang utama. Di ruang legar tingkat bawah terdapat peniaga keturunan india yang menjual minuman, buah-buahan, makanan ringan,dan rokok.Di tingkat atas terdapat ruang menonton kelas khas (reserve class) dengan kadar harga tiket yang mahal sedikit. Kelas khas ini biasanya dipenuhi oleh penonton yang datang berpasangan.
Beli Tiket Wayang.

Di ruang legar tingkat atas terdapat sebuah kedai makan kepunyaan peniaga kerturunan cina berasal dari Tanjung lipis. Tuan punya kedai makan adalah merupakan anak beranak Ah Kui dan isterinya yang amat fasih bertutur bahasa melayu loghat Kuala Lipis. Kedai makanan kepunyaan orang melayu pada masa itu agak kurang. Antara kedai makanan keturunan cina yang dikunjungi oleh orang-orang melayu pada masa tu adalah Kedai Kopi Ghin Hai, Kedai Kopi Southern Park, Kedai Kopi Panjang dan Kedai Makan Thye Heng yang menjual nasi ayam.
Berbalik kepada kesah penduduk persekitaran Kampung Jeram Landak yang pergi menonton wayang pada hari raya kedua, inilah masanya penduduk kampong menghabiskan duit yang dikumpul sebelum hari raya dengan berhibur menonton wayang gambar. Walaupun kos untuk tiket wayang agak murah pada masa itu, risiko yang perlu ditanggung adalah jika ketinggalan keretapi untuk pulang semula ke kampong. Terpaksa bermalam di hotel atau di rumah rakit yang terdapat di tebing sungai Jelai di Bandar Kuala Lipis.

Tayangan filem-filem hindustan, indonesia dan melayu sudah menjadi kemestian..Penonton yang menunggu untuk masuk ke dalam panggung pada masa itu, berdiri pada palang besi di bawah pokok ketapang di hadapan panggung sambil menayangkan fesyen terkini, seluar baggy dan bellbottom untuk menarik perhatian gadis-gadis pingitan. Pelakun filen hindustan seperti Rishi Kapoor, Shashi Kapoor, Dharmendra, Ambitach Bachan, Hema Malini dan Parveen Babi adalah antara bintang filem hindustan yang menjadi igauan pada masa itu. Filem-filem dari Indonesia dengan para pelakun seperti Ratno Timoer,Dicky Zulkarnain,Rahmat Kartolo dan Benjamin S adalah antara bintang pujaan dari negara seberang.Filem-filem dari Hong Kong juga merupakan filem yang digemari.
Stesen Keretapi Mela.
Itulah antara kenangan semasa di kampong dahulu, terutamanya semasa hari raya kedua, kemeriahan bermula seawal jam 4.00 pagi lagi, sebermulanya perjalanan motor disel kepunyaan Haji Khatib Endol, Haji Ibrahim dan Haji Taha bertolak dari jeti Kampong Jeram Landak menuju ke jeti Temunga dan seterusnya berjalan kaki sejauh 3km ke Stesen Keretapi Mela untuk pergi menonton wayang gambar di Panggung Paradise di Bandar Kuala Lipis.
No comments:
Post a Comment