Monday, 3 October 2011

BELIA DAPAT GELANGGANG SUKAN.




PENDUDUK Kampung Jeram Landak, Kuala Lipis terutama golongan belia gembira apabila sebuah gelanggang sukan pelbagai guna (GSPG) bernilai RM150,000 siap dibina di kampung itu baru-baru ini.


Gelanggang tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman.
Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis, Mohd. Rushdi Abdul Ghani; Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Badri Danial; Ketua Kampung Jeram Landak, Isa Yusoff dan Pengerusi Persatuan Belia 4B Jeram Landak, Mohd. Khairul Othman.

Selain di Kampung Jeram Landak, enam lagi kampung di Lipis yang mendapat kemudahan sama ialah Kampung Mela, Kampung Budu, Kampung Tanjong Belimbing, Kampung Pagar, Kampung Kechau dan Kampung Batu Yon Dua.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_09.htm:

No comments:

Post a Comment