Friday, 28 October 2011

BOMOH PATAH DALAM KENANGAN.

Allahyarham Hj Jabar bersama isterinya Hjh Wok.

Sekeping gambar yang dipaparkan ini hanyalah sekadar satu coretan kenangan. Mungkin ramai yang masih mengingati suatu ketika dahulu, kampung Jeram Landak lebih dikenali sebagai kampung 'Bomoh Patah'. Ramai dikalangan pengunjung ke kampung Jeram Landak adalah untuk mengubati penyakit yang diakibatkan oleh patah tulang. Allahyarham Haji Jabar Bin Haji Khatib Endol adalah merupakan salah seorang bomoh patah yang terkenal di seluruh Negeri Pahang disekitar tahun 1990an dahulu sebelum beliau meninggal dunia. Kepandaian allahyarham dalam bidang perubatan patah tulang secara tradisional yang diwarisi dari allahyarham bapa beliau juga menyebabkan allahyarham Hj Jabar pernah dilantik sebagai ahli urutan saraf/tulang untuk pasukan SUKMA Negeri Pahang. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan allahyarham sentiasa dikenang. Alfatihah.

AKTIVITI BELIAWANIS KAMPUNG JERAM LANDAK.

Seempene sambutan Karnival Lipis yang telah diadakan pada 27/11/2011 yang baru lalu, Kumpulan Nasyid yang dikenali dengan nama Kumpulan Nasyid Nur Hidayah telah menyertai pertandingan nasyid. Tahniah kepada beliawanis dari Kampung Jeram landak yang turut serta dengan aktiviti tersebut.
Kumpulan Nasyid Nur Hidayah bergambar kenangan 
bersama Ketua Kampung Jeram Landak 
En Isa Bin Yusof.

 Sedang membuat persembahan nasyid di Karnival Lipis 2011.


Gambar oleh Zarina Busu.

Thursday, 20 October 2011

AKTIVITI BELIA DI KAMPUNG JERAM LANDAK.


Persatuan belia kampung Jeram Landak merupakan sebuah persatuan belia yang aktif menjalankan aktiviti yang bersesuaian menurut tafsiran aktiviti belia di bawah Akta Pertubuhan Belia yang bermaksud sebarang aktiviti melibatkan belia hendaklah memenuhi objektif-objektif aktiviti seperti:

  • Untuk membina peribadi belia;
  • Untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia;
  • Untuk menyebarkan prinsip-prinsip Rukunegara;
  • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur dan nilai negatif;
  • Untuk membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial;
  • Untuk memberikan peluang bagi penyertaan belia dalam program pembangunan komuniti bandar dan luar bandar;
  • Untuk memberikan peluang bagi latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
  • Untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup
Sukan. bola sepak dan futsal.

Kumpulan kompang.

Kumpulan silat.

Persembahan silat.

Menghadiri seminar dan motivasi.

Menghadiri kenduri-kendara penduduk kampung.

Program gotong-royong.

Program kerja amal.

Program ugama. Tadarus al-quran.


Program rekreasi. Kayuhan di Sungai Jelai.



Gambar dari Desa Permai Jeram Landak.

Wednesday, 19 October 2011

SATU KEBANGGAAN.


Hari ini 19/10/2011....  Terpampang di dada akhbar perdana bilamana sebuah restoran kepunyaan anak kampung Jeram Landak disenaraikan sebagaio sebuah restoran untuk hidangan menu rakyat. Tahniah.

Restoran ratu Rasa, Raub, Pahang Darul Makmur.

 Harap PM akan singgah pula untuk merasa nasi keduli@kebuli di restoran ini nanti.

Tuesday, 18 October 2011

GENDANG PAHANG PENYERI MAJLIS

Oleh HARIS FADILAH AHMAD 
utusanpahang@utusan.com.my




KUMPULAN gendang tetawak Kampung Bukit Betong mengiringi persembahan silat sempena Festival Kebudayaan dan Kesenian di Kuala Lipis, baru-baru ini.
KUALA LIPIS 7 Mac – Gendang Pahang atau dikenali sebagai gendang tetawak diperkenalkan seorang pemimpin tempatan, Datuk Perba Jelai dan dimainkan oleh penduduk di sepanjang Sungai Jelai dan Sungai Pahang di sini.

Seni warisan itu turut menerima pengaruh Islam kerana irama lagu yang digubah merupakan gandingan peralatan yang dibawa dari Asia Barat.
Bagaimanapun, alat muzik tersebut hanya dimainkan golongan warga emas dan segelintir belia berikutan kehadiran muzik moden yang lebih mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Gendang tetawak dan kombinasi dengan peralatan muzik lain sering dimainkan bagi memeriahkan majlis keramaian, perkahwinan, majlis rasmi, mengiringi tarian tradisional Melayu, silat dan mengiringi pembesar negeri.

Peralatan muzik itu agak berbeza dengan gendang dari negeri lain kerana ia tidak diiringi serunai malah, menggunakan tiga alat muzik lain iaitu gendang ibu, gendang anak dan gong.
Seorang penggiat gendang tetawak, Ismail Mahmud, 80, berkata, persembahan gendang tetawak membabitkan gendang sama deras, gendang sama dua, tupai berkendak, gobik teba dan gendang ketimbong janda.

Menurutnya, peralatan muzik itu sedap didengar menerusi paluan gendang tetawak dengan diiringi gendang janda mengerat kayu api, gendang kambing berlaga, gendang raja berangkak dan gendang tari piring.
"Gendang tersebut dimainkan orang lelaki atau wanita pada zaman dahulu malah, dikatakan setiap kampung di negeri ini mempunyai pasukan gendang tetawak masing-masing.
Kumpulan gendang dari Kg Mela.

"Namun, gendang Pahang mempunyai lagunya tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Irama itu dimulakan dengan rentak pembukaan dan diakhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang belia dari Kampung Jeram Landak, Mohd. Hafizi Talib, 21, merupakan antara generasi muda yang melibatkan diri dalam permainan alat tradisional itu.
Katanya, dia mula berjinak-jinak dengan ilmu persilatan dan peralatan muzik tradisional sejak usia 12 tahun lagi.

Katanya, ketika itu dia berlatih bersama penggiat seni dari kampungnya terdiri daripada warga emas yang bermain alat muzik tersebut.

''Oleh kerana minat dengan pencak silat dan bermain alat muzik berkenaan, saya sanggup berjaga hingga larut malam dengan melihat warga emas dan belia berlatih bermain peralatan muzik itu di kampung ini," katanya.
Menurutnya, apabila berusia 16 tahun, minat dan bakatnya dikesan oleh tokoh penggiat seni Kampung Jeram Landak, Ramli Embor, 70, lalu mengajarnya mengenai ilmu persilatan dan bermain gendang tetawak.
Katanya, setelah tiga tahun mempelajarinya bersama ahli Kumpulan Kesenian Kampung Jeram Landak, dia diberi kepercayaan mengadakan persembahan pada majlis keramaian tertentu.

Allahyarham Ramli Bin Hj Embor.

Mohd. Hafizi yang merupakan bekas pelatih Pusat Giat Mara Lipis berkata, dia memainkan lagu tradisional menggunakan gendang tetawak seperti Samanderu, Gobek Terbang, Raja Berjalan, Yale Yale dan beberapa irama lain.

''Saya boleh bermain gendang ibu, gendang anak dan tetawak untuk membuat persembahan lagu terbabit pada majlis keramaian," jelasnya.

Dia berhasrat untuk menjalani latihan secara profesional bagi meningkatkan kemahiran dalam muzik tradisional menggunakan peralatan tersebut.

Selain itu, Mohd. Hafizi juga mempunyai impian untuk membawa kumpulan seninya mengadakan persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dalam memperkenalkan seni silat dan irama gendang tetawak yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Sumber:
http://blog-melaka.blogspot.com/2011/03/edisi-semasa_08.html

PERMAINAN MUSIK TRADISIONAL.


Silat pulut Jeram Landak.


Aktifkan semula permainan muzik tradisional


KUALA LIPIS 7 Mac - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penggiat seni disaran mengaktifkan semula permainan alat muzik tradisional Pahang bagi memperkenalkannya kepada pelancong yang datang ke daerah ini.


Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman  berkata, usaha menyuburkan kembali peralatan muzik tersebut akan menarik generasi baru mengetahuinya sekali gus mempopularkan kesenian itu pada masa akan datang.

Menurut beliau, warisan alat muzik tradisional seperti gendang, serunai dan peralatan lain menjadi ejen penyatuan penduduk serta tarikan kepada pelancong asing.

Beliau berkata, walaupun arus pembangunan muzik moden kian berkembang tetapi muzik tradisional tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

"Mereka yang masih aktif dengan permainan gendang, serunai dan peralatan tertentu boleh dibilang dengan jari di daerah ini.

Kumpulan gendang silat Kampung Mela membuat 
persembahan semasa majlis perkahwinan.

"Perkara itu menyebabkan kita sukar mencari kumpulan gendang dan muzik tradisional bagi memeriahkan sesuatu program kesenian serta menyambut ketibaan pelancong yang menginap di kampung tertentu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, daerah itu terkenal dengan kumpulan gendang dan serunai serta popular di Kampung Jeram Landak, Kampung Mela, Batu Sembilan, Bukit Betong dan Hulu Jelai.

Mohamad Shahrom berkata, warisan kesenian itu hampir pupus apabila generasi muda enggan mempelajarinya termasuk kemahiran membuat peralatan muzik tradisional terbabit.

Tambahnya, paling ketara, iaitu irama pukulan gendang dan tiupan serunai yang dimainkan ketika mengiringi acara silat semakin hambar kerana tidak dipersembahkan oleh kalangan mereka yang mahir.

''Penggiat muzik tradisional khususnya gendang tetawak dari luar diundang mengajar ahli JKKK dan belia daerah ini untuk menghidupkan kembali kesenian itu di samping kemahiran membuat peralatan tersebut," katanya.
Beliau memberitahu, pihak berwajib dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wajar mengadakan pertandingan kemahiran bergendang dan peralatan tradisional lain di setiap mukim membabitkan penyertaan golongan belia.
Mohamad Shahrom memberi jaminan kerajaan negeri akan membantu melaksanakan program itu dan usaha tersebut merupakan alternatif menghidupkan semula warisan Melayu Pahang.

Beliau berkata, JKKK terbabit diminta menampilkan acara bergendang dan peralatan muzik tradisional Pahang untuk memeriahkan acara sambutan dan mempamerkan kesenian tempatan kepada pelancong.

Dalam pada itu, pelancong dari Perancis, Andree Falin, 46, tertarik dengan alat muzik tradisional itu.
Katanya, kesenian itu wajar dihidupkan dan dipersembahkan kepada pelancong kerana tidak terdapat di negara mereka.

''Seni itu menunjukkan masyarakat Melayu kreatif dan bersatu padu, kaya dengan adat budaya tradisi," katanya yang menyertai program lawatan sehari ke daerah Lipis baru-baru ini.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

HANYA UNTUK BACAAN DAN RENUNGAN.


Gambar hiasan. Bomoh urut.

Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu  perubatan yang penting  kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan   taraf  kesihatan negara ini.Perubatan tradisional masih diperlukan  biarpun dunia perubatan  semakin canggih.Malahan dalam beberapa  jenis penyakit, sistem perubatan tradisional  ternyata lebih berkesan   daripada perubatan moden.
Daun sireh biasa digunakan dalam perubatan tradisional melayu.

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat  hariini  kerana beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional   masih mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan  dan pedalamaan. 
Lintah.

Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme   dan saki baki  kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan  begitu kencang bertiup.

Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap penyakit  bermula  daripada lebihan kecairan ,racun  dan  pengaruh makhluk  halus.Kalau  hendak menyembuhkan penyakit yang sebegitu rupa, amalan perubatan tradisional diperlukan .Selain itu, perubatan moden masih gagal mngubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib, misalnya santau ,histeria atau rasukan hantu.
Peralatan dalam pengubatan tradisional.

Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika waktu,muntah darah atau menjerit-jerit. Penyakit –penyakit  ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden. Kaedah perubatan tradisional memang  berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini. Oleh sebab itulah golongan seperti ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan moden seperti ini.

Perubatan tradional  masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya. Penyakit -penyakit seperti darah tinggi, lelah, lumpuh,  patah tulang  dan  penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf,  kebiasaanya lebih serasi dengan perubatan  tradisional  jika dibandingkan dengan perubatan moden.

Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan  yang baik, khasnya dalam mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden. Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin .
Rawatan akupunktor.

Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat pelbagai kaum. Dikalangan masyarakat Cina, akupunktur dan ubatan sinseh terkenal  sejak zaman berzaman lagi. Kedua-dua  jenis perubatan ini mujarab bagi beberapa penyakit  seperti darah tinggi, sakit lelah dan lumpuh .Tambahan pula, rawatan  akupunktur boleh menggantikan  ubat bius semasa dalam proses  pembedahan.
Bomoh urut akan dicari jika mempunya 
penyakit kurang kuasa 'patukan'.

Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan  tradisional. Lebih-lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit  yang berbahaya. Dan perubatan tradisional semakin mendapat sambutan memandangkan  kejayaan rawatan dan penemuan  khasiat ubatan  tradisional yang mujarab. .Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan  untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS, penagihan dadah, ,kencing manis dan penyakit mental. Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden. Untuk penyakit  hilang akal atau gila umpamanya, terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya.         


Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan tradisional, bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden. Dalam penagihan dadah pula, terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional. Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan .

Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum mampu hendak  membiayai belanja dan kos perubatan moden. Bayaran perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden. Maksudnya, kian canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden, kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan  oleh orang ramai. Contohnya kos sebanyak RM20,000 atau lebih yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan sinaran laser.

Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat, tetapi dengan kos yang tinggi itu,berapa orangkah yang mampu membiayainya?. Bagi rawatan tradisional, kadar bayarannya  murah kerana  perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan. Maka, bayaran biasanya mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit. Dari segi rawatan  pula, perubatan tradisional tidak memerlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit, tetapi perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.

Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga  ubat-ubatan  tradisional yang murah. Bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh mengurangkan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi.

Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk di negara ini. Perubatan  cara ini  bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja, malahan oleh masyarakat lain seperti  India  dan Cina.Semua kaum  mempunyai sistem  rawatan tradisional masing-masing.


Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan  daripada Bomoh atau dukun Melayu, sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan  daripada sinseh dan bomoh  Cina. Ini membuktikan bahawa sistem rawatan tradional ini digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat dan tidak  terhad kepada sesuatu kaum sahaja. 

Hakikat bahawa amalan ini pada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan untuk  menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


Selain itu sistem  rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini  masih diperlukan di negara ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian daripada kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal  di pedalaman dan masih tertinggal dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek moyang  sejak zaman-berzaman lagi.

Dalam semua jenis penyakit, mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau dukun untuk menyembuhkannya. Kepercayaan ini  telah dibuktikan benar melalui  pengalaman sehari-harian mereka. Mereka berpegang kepada amalan dalam agama Islam bahawa tidak tidak ada penyakit yang tidak boleh disembuhkan melainkan 'mati'.     
        
Kesimpulannya, kemajuan ilmu dan materialistik yang  kita  capai, Kita tidak seharusnya menyebabkan kita melupkan  sistem  perubatan Tradisional. Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dan kehidupan manusia.Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang .Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden demi meninggikan mutu perubatan di negara ini.
.

Rujukan

- Introduction . traditional medicine John L.Vancat 1970, Pretice Hall

- Introduction to Plant, Nicholas Polunin, Longman (1980).
  traditional medicine

- Faizah Din.Cara untuk mengekalkan perubatan Traditional,      
  Penerbitan Dewan bahasa Pustaka, 1980

http://www bologist.com.JCS?108/03?JC3319P//



           

Monday, 17 October 2011

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMASAK NASI KEBULI.

 
Video Nasi Kebuli.

 Penduduk Kampung Jeram Landak datang bersama-sama 
membersihkan ayam untuk memasak nasi kebuli.

Ayam yang telah dibersihkan akan dilayur di atas 
api untuk membuang bulu yang tertinggal.

 
Ayam dipotong kaki dan kepala sebelum direbus.

Ayam direbus bersama-sama dengan rempah ratus istimewa.

Ayam yang telah direbus akan digoreng pula.

Ayang rebus yang telah digoreng.

Ayam dipotong-potong sebelum dihidangkan 
kepada tetamu.

Nasi dimasak menggunakan air rebusan ayam 
untuk membuat nasi kebuli.

Memasak nasi kebuli.

Nasi kebuli perlu dikacau rata-rata 
semasa memasaknya.

Nasi yang hampir masak akan ditutup 
menggunakan daun tutor.

Penduduk kampung Jeram Landak yang terkenal dengan 
kumpulan marhaban dan dikir rebana maka tidak 
hairanlah, dikir akan dinyanyikan bersama walaupun 
semasa menunggu nasi kebuli dihidangkan....

Nasi kebuli siap untuk dihidangkan kepada tetamu.

Yang ini jangan ditanya atau dicari jika tidak datang 
semasa operasi memasak di dapur atau 'sabak'. 
Menjadi rebutan kerana rasanya yang
 amat enak.... KERAK NASI KEBULI.

Gambar oleh:  Pn. Zarina Busu, En. Zali Busu dan En. Yusof Latif.

Sunday, 16 October 2011

HOBI RADIO AMATUR.


Stesen Radio Amatur 9W2LUD.

Radio Amatur atau juga dikenali sebagai Ham Radio merupakan satu cara berkomunikasi tanpa wayar dengan menggunakan isyarat radio yang efektif selain dari menggunakan telefon bimbit dan Internet. Jutaan pengguna dari segenap pelusuk dunia memilih Radio Amatur sebagai satu hobi. 

Di Malaysia, pengendali hobi ini tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seseorang yang ingin mengendalikan Radio Amatur perlu menduduki Peperiksaan Radio Amateur (Radio Amateur Examination - RAE) yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC). Umur minima bagi menduduki peperiksaan ini ialah 14 tahun sepertimana yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran lesen dan isu-isu berkaitan dengannya. Sopan santun adalah kunci utama kepada pengendalian yang sempurna semasa berkomunikasi menggunakan peralatan radio.

Radio amatur bukan sekadar alat untuk komunikasi sesama ahli atau dengan rakan-rakan radio yang lain, tetapi turut membantu ketika kecemasan seperti tanah runtuh, sesat di dalam hutan, banjir kilat atau nahas di darat, udara mahu pun di air, Apabila komunikasi sedia ada tidak dapat digunakan atau tiada perkhidmatan komunikasi di kawasan tersebut. jika berlaku kecemasan atau bencana alam yang menyebabkan komunikasi sediada tidak boleh digunakan, perkhidmatan radio amatur amat diperlukan. Jika sebelum ini peralatan komunikasi seperti telefon bimbit digunakan untuk berhubung, tetapi jika di dalam situasi kecemasan,  radio amatur memudahkan proses itu, khususnya di kawasan yang tiada talian komunikasi dan juga bekalan elektrik, kerana radio amatur boleh berfungsi melalui tenaga bateri atau generator.

Penulis mula meminati bidang radio amatur semasa masih menuntut di kolej. Selalu juga membaca majalah-majalah berkenaan elektronik seperti Practical Wireless dan Electronic Today dan lain-lain majalah terbitan luar negeri. Di dalam majalah tersebut ada diiklankan tempat-tempat berkursus, cara dan bagaimana hendak menjadi seorang ahli radio amatur. Di negara kita pada masa itu,  tidak terdapat tempat yang memberi tunjukajar dan cara bagaimana untuk menjadi seorang ahli radio amatur. Radio amatur pada masa itu dikategorikan sebagai kelab atau grup yang eksklusif. Hanya mereka dikalangan bertaraf tinggi sahaja yang layak memiliki lesen radio amatur seperti hakim, doktor, peguam dan pengurus estet. Hanya selepas era perang dingin barulah radio amatur mula berkembang dikalangan rakyat biasa.

Penulis hanya mendapat lesen radio amatur dengan tanda panggilan 9W2LUD kira-kira 9 tahun lepas, itupun setelah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM/MCMC) ditubuhkan. Minat yang mendalam dalam perhubungan komunikasi radio disamping mempelajari teknik komunikasi radio duahala telah mengheret penulis untuk menganggotai pasukan 13 Skuadron Rejimen Semboyan  (PSTD). Dengan menyarung pakaian celorang pasukan, inilah sahaja satu-satunya tempat dan peluang untuk belajar mengenai komunikasi radio secara percuma tanpa perlu ke luar negara.

Friday, 14 October 2011

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011.

sempena hari raya aidilfitri 2011 yang baru lalu, penduduk kampung jeram landak telah mengadakan program sambutan hari raya bertempat di Balai Kesenian Kampung Jeram Landak.












KAMPUNG JERAM LANDAK DESTINASI BERAKIT.

Program Berakit Antarabangsa.

Kampung Jeram Landak adalah merupakan salah satu destinasi persinggahan untuk Program Berakit Antarabangsa menghilir sungai pahang yang bermula dari Kuala Lupis ke Bandar Diraja Pekan. Semasa persinggahan tersebut pelbagai acara kebudayaan penduduk kampung dipertontonkan lepada peserta berakit tersebut.

ウニラフティングロイヤルシティクアラルンプパハン州から国際下流プログラムのためのワンストップ行先であるトランジット文化イベント示すように、中には、白の参加者を.

NASI KEBULI@KEDULI TELAH DIKOMERSIALKAN.

Restoran Nasi Keduli.

Nasi kebuli sebagai sajian istimewa yang dikatakan berasal dari Kampung Jeram Landak telah dikomersialkan sebagai sajian istimewa di sebuah restoran di bandar Raub, Pahang.
Pengunjung menikmati keenakan nasi keduli@kebuli.

Enaknya nasi keduli@kebuli...

Pengunjung dan peminat nasi kebuli boleh merasa makanan tersebut pada setiap hari tanpa perlu menunggu majlis-majlis tertentu untuk menikmatinya. Selamat datang ke Restoran Nasi Keduli.

Promosi nasi keduli@kebuli oleh pihak tv swasta.

Promosi nasi kebuli@keduli.


ウニに起源を特別料理としてライスサマリンダ市のレストランで急流の特別食として商品化されている
訪問者ファンがそれらを楽しむために特別な機会を待つことなく、日常的にご飯をサンプリングすることができますレストランKEDULIようこそ