Allahyarham Hj Jabar bersama isterinya Hjh Wok.
Friday, 28 October 2011
BOMOH PATAH DALAM KENANGAN.
AKTIVITI BELIAWANIS KAMPUNG JERAM LANDAK.
Seempene sambutan Karnival Lipis yang telah diadakan pada 27/11/2011 yang baru lalu, Kumpulan Nasyid yang dikenali dengan nama Kumpulan Nasyid Nur Hidayah telah menyertai pertandingan nasyid. Tahniah kepada beliawanis dari Kampung Jeram landak yang turut serta dengan aktiviti tersebut.
Kumpulan Nasyid Nur Hidayah bergambar kenangan
bersama Ketua Kampung Jeram Landak
En Isa Bin Yusof.
Sedang membuat persembahan nasyid di Karnival Lipis 2011.
Gambar oleh Zarina Busu.
Thursday, 20 October 2011
AKTIVITI BELIA DI KAMPUNG JERAM LANDAK.
Persatuan belia kampung Jeram Landak merupakan sebuah persatuan belia yang aktif menjalankan aktiviti yang bersesuaian menurut tafsiran aktiviti belia di bawah Akta Pertubuhan Belia yang bermaksud sebarang aktiviti melibatkan belia hendaklah memenuhi objektif-objektif aktiviti seperti:
- Untuk membina peribadi belia;
- Untuk meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia;
- Untuk menyebarkan prinsip-prinsip Rukunegara;
- Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan belia terhadap unsur dan nilai negatif;
- Untuk membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial;
- Untuk memberikan peluang bagi penyertaan belia dalam program pembangunan komuniti bandar dan luar bandar;
- Untuk memberikan peluang bagi latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
- Untuk membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup
Sukan. bola sepak dan futsal.
Kumpulan kompang.
Kumpulan silat.
Persembahan silat.
Menghadiri seminar dan motivasi.
Menghadiri kenduri-kendara penduduk kampung.
Program gotong-royong.
Program kerja amal.
Gambar dari Desa Permai Jeram Landak.
Wednesday, 19 October 2011
SATU KEBANGGAAN.
Hari ini 19/10/2011.... Terpampang di dada akhbar perdana bilamana sebuah restoran kepunyaan anak kampung Jeram Landak disenaraikan sebagaio sebuah restoran untuk hidangan menu rakyat. Tahniah.
Restoran ratu Rasa, Raub, Pahang Darul Makmur.
Harap PM akan singgah pula untuk merasa nasi keduli@kebuli di restoran ini nanti.
Tuesday, 18 October 2011
GENDANG PAHANG PENYERI MAJLIS
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
KUALA LIPIS 7 Mac – Gendang Pahang atau dikenali sebagai gendang tetawak diperkenalkan seorang pemimpin tempatan, Datuk Perba Jelai dan dimainkan oleh penduduk di sepanjang Sungai Jelai dan Sungai Pahang di sini.
Seni warisan itu turut menerima pengaruh Islam kerana irama lagu yang digubah merupakan gandingan peralatan yang dibawa dari Asia Barat.
Bagaimanapun, alat muzik tersebut hanya dimainkan golongan warga emas dan segelintir belia berikutan kehadiran muzik moden yang lebih mendapat tempat di kalangan masyarakat.
Gendang tetawak dan kombinasi dengan peralatan muzik lain sering dimainkan bagi memeriahkan majlis keramaian, perkahwinan, majlis rasmi, mengiringi tarian tradisional Melayu, silat dan mengiringi pembesar negeri.
Peralatan muzik itu agak berbeza dengan gendang dari negeri lain kerana ia tidak diiringi serunai malah, menggunakan tiga alat muzik lain iaitu gendang ibu, gendang anak dan gong.
Seorang penggiat gendang tetawak, Ismail Mahmud, 80, berkata, persembahan gendang tetawak membabitkan gendang sama deras, gendang sama dua, tupai berkendak, gobik teba dan gendang ketimbong janda.
Menurutnya, peralatan muzik itu sedap didengar menerusi paluan gendang tetawak dengan diiringi gendang janda mengerat kayu api, gendang kambing berlaga, gendang raja berangkak dan gendang tari piring.
"Gendang tersebut dimainkan orang lelaki atau wanita pada zaman dahulu malah, dikatakan setiap kampung di negeri ini mempunyai pasukan gendang tetawak masing-masing.
"Namun, gendang Pahang mempunyai lagunya tersendiri dikenali sebagai Bujang Hilir. Irama itu dimulakan dengan rentak pembukaan dan diakhiri dengan rentak membunuh atau rentak mati di samping rentak-rentak lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Seorang belia dari Kampung Jeram Landak, Mohd. Hafizi Talib, 21, merupakan antara generasi muda yang melibatkan diri dalam permainan alat tradisional itu.
Katanya, dia mula berjinak-jinak dengan ilmu persilatan dan peralatan muzik tradisional sejak usia 12 tahun lagi.
Katanya, ketika itu dia berlatih bersama penggiat seni dari kampungnya terdiri daripada warga emas yang bermain alat muzik tersebut.
''Oleh kerana minat dengan pencak silat dan bermain alat muzik berkenaan, saya sanggup berjaga hingga larut malam dengan melihat warga emas dan belia berlatih bermain peralatan muzik itu di kampung ini," katanya.
Menurutnya, apabila berusia 16 tahun, minat dan bakatnya dikesan oleh tokoh penggiat seni Kampung Jeram Landak, Ramli Embor, 70, lalu mengajarnya mengenai ilmu persilatan dan bermain gendang tetawak.
Katanya, setelah tiga tahun mempelajarinya bersama ahli Kumpulan Kesenian Kampung Jeram Landak, dia diberi kepercayaan mengadakan persembahan pada majlis keramaian tertentu.
Mohd. Hafizi yang merupakan bekas pelatih Pusat Giat Mara Lipis berkata, dia memainkan lagu tradisional menggunakan gendang tetawak seperti Samanderu, Gobek Terbang, Raja Berjalan, Yale Yale dan beberapa irama lain.
''Saya boleh bermain gendang ibu, gendang anak dan tetawak untuk membuat persembahan lagu terbabit pada majlis keramaian," jelasnya.
Dia berhasrat untuk menjalani latihan secara profesional bagi meningkatkan kemahiran dalam muzik tradisional menggunakan peralatan tersebut.
Selain itu, Mohd. Hafizi juga mempunyai impian untuk membawa kumpulan seninya mengadakan persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dalam memperkenalkan seni silat dan irama gendang tetawak yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Sumber:
http://blog-melaka.blogspot.com/2011/03/edisi-semasa_08.html
utusanpahang@utusan.com.my
Seni warisan itu turut menerima pengaruh Islam kerana irama lagu yang digubah merupakan gandingan peralatan yang dibawa dari Asia Barat.
Bagaimanapun, alat muzik tersebut hanya dimainkan golongan warga emas dan segelintir belia berikutan kehadiran muzik moden yang lebih mendapat tempat di kalangan masyarakat.
Gendang tetawak dan kombinasi dengan peralatan muzik lain sering dimainkan bagi memeriahkan majlis keramaian, perkahwinan, majlis rasmi, mengiringi tarian tradisional Melayu, silat dan mengiringi pembesar negeri.
Peralatan muzik itu agak berbeza dengan gendang dari negeri lain kerana ia tidak diiringi serunai malah, menggunakan tiga alat muzik lain iaitu gendang ibu, gendang anak dan gong.
Seorang penggiat gendang tetawak, Ismail Mahmud, 80, berkata, persembahan gendang tetawak membabitkan gendang sama deras, gendang sama dua, tupai berkendak, gobik teba dan gendang ketimbong janda.
Menurutnya, peralatan muzik itu sedap didengar menerusi paluan gendang tetawak dengan diiringi gendang janda mengerat kayu api, gendang kambing berlaga, gendang raja berangkak dan gendang tari piring.
"Gendang tersebut dimainkan orang lelaki atau wanita pada zaman dahulu malah, dikatakan setiap kampung di negeri ini mempunyai pasukan gendang tetawak masing-masing.
Kumpulan gendang dari Kg Mela.
Seorang belia dari Kampung Jeram Landak, Mohd. Hafizi Talib, 21, merupakan antara generasi muda yang melibatkan diri dalam permainan alat tradisional itu.
Katanya, dia mula berjinak-jinak dengan ilmu persilatan dan peralatan muzik tradisional sejak usia 12 tahun lagi.
''Oleh kerana minat dengan pencak silat dan bermain alat muzik berkenaan, saya sanggup berjaga hingga larut malam dengan melihat warga emas dan belia berlatih bermain peralatan muzik itu di kampung ini," katanya.
Menurutnya, apabila berusia 16 tahun, minat dan bakatnya dikesan oleh tokoh penggiat seni Kampung Jeram Landak, Ramli Embor, 70, lalu mengajarnya mengenai ilmu persilatan dan bermain gendang tetawak.
Katanya, setelah tiga tahun mempelajarinya bersama ahli Kumpulan Kesenian Kampung Jeram Landak, dia diberi kepercayaan mengadakan persembahan pada majlis keramaian tertentu.
Allahyarham Ramli Bin Hj Embor.
''Saya boleh bermain gendang ibu, gendang anak dan tetawak untuk membuat persembahan lagu terbabit pada majlis keramaian," jelasnya.
Dia berhasrat untuk menjalani latihan secara profesional bagi meningkatkan kemahiran dalam muzik tradisional menggunakan peralatan tersebut.
Selain itu, Mohd. Hafizi juga mempunyai impian untuk membawa kumpulan seninya mengadakan persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dalam memperkenalkan seni silat dan irama gendang tetawak yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Sumber:
http://blog-melaka.blogspot.com/2011/03/edisi-semasa_08.html
PERMAINAN MUSIK TRADISIONAL.
Silat pulut Jeram Landak.
Aktifkan semula permainan muzik tradisional
Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, usaha menyuburkan kembali peralatan muzik tersebut akan menarik generasi baru mengetahuinya sekali gus mempopularkan kesenian itu pada masa akan datang.
Menurut beliau, warisan alat muzik tradisional seperti gendang, serunai dan peralatan lain menjadi ejen penyatuan penduduk serta tarikan kepada pelancong asing.
Beliau berkata, walaupun arus pembangunan muzik moden kian berkembang tetapi muzik tradisional tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
"Mereka yang masih aktif dengan permainan gendang, serunai dan peralatan tertentu boleh dibilang dengan jari di daerah ini.
Kumpulan gendang silat Kampung Mela membuat
persembahan semasa majlis perkahwinan.
Menurutnya, daerah itu terkenal dengan kumpulan gendang dan serunai serta popular di Kampung Jeram Landak, Kampung Mela, Batu Sembilan, Bukit Betong dan Hulu Jelai.
Mohamad Shahrom berkata, warisan kesenian itu hampir pupus apabila generasi muda enggan mempelajarinya termasuk kemahiran membuat peralatan muzik tradisional terbabit.
Tambahnya, paling ketara, iaitu irama pukulan gendang dan tiupan serunai yang dimainkan ketika mengiringi acara silat semakin hambar kerana tidak dipersembahkan oleh kalangan mereka yang mahir.
''Penggiat muzik tradisional khususnya gendang tetawak dari luar diundang mengajar ahli JKKK dan belia daerah ini untuk menghidupkan kembali kesenian itu di samping kemahiran membuat peralatan tersebut," katanya.
Beliau memberitahu, pihak berwajib dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wajar mengadakan pertandingan kemahiran bergendang dan peralatan tradisional lain di setiap mukim membabitkan penyertaan golongan belia.
Mohamad Shahrom memberi jaminan kerajaan negeri akan membantu melaksanakan program itu dan usaha tersebut merupakan alternatif menghidupkan semula warisan Melayu Pahang.
Beliau berkata, JKKK terbabit diminta menampilkan acara bergendang dan peralatan muzik tradisional Pahang untuk memeriahkan acara sambutan dan mempamerkan kesenian tempatan kepada pelancong.
Dalam pada itu, pelancong dari Perancis, Andree Falin, 46, tertarik dengan alat muzik tradisional itu.
Katanya, kesenian itu wajar dihidupkan dan dipersembahkan kepada pelancong kerana tidak terdapat di negara mereka.
''Seni itu menunjukkan masyarakat Melayu kreatif dan bersatu padu, kaya dengan adat budaya tradisi," katanya yang menyertai program lawatan sehari ke daerah Lipis baru-baru ini.
Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm
HANYA UNTUK BACAAN DAN RENUNGAN.
Gambar hiasan. Bomoh urut.
Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah meningkatkan taraf kesihatan negara ini.Perubatan tradisional masih diperlukan biarpun dunia perubatan semakin canggih.Malahan dalam beberapa jenis penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan daripada perubatan moden.
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat hariini kerana beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan dan pedalamaan.
Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan begitu kencang bertiup.
Lintah.
Peralatan dalam pengubatan tradisional.
Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal seketika waktu,muntah darah atau menjerit-jerit. Penyakit –penyakit ganjil juga boleh disembuh melalui perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan perubatan moden. Kaedah perubatan tradisional memang berkesan untuk mengubati penyakit seperti ini. Oleh sebab itulah golongan seperti ini masih memerlukan perubatan tradisional dan menolak pengubatan moden seperti ini.
Perubatan tradional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya. Penyakit -penyakit seperti darah tinggi, lelah, lumpuh, patah tulang dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf, kebiasaanya lebih serasi dengan perubatan tradisional jika dibandingkan dengan perubatan moden.
Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik, khasnya dalam mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang yang dapat menyembuh sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden. Selain itu pengamal perubatan tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin .
Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat pelbagai kaum. Dikalangan masyarakat Cina, akupunktur dan ubatan sinseh terkenal sejak zaman berzaman lagi. Kedua-dua jenis perubatan ini mujarab bagi beberapa penyakit seperti darah tinggi, sakit lelah dan lumpuh .Tambahan pula, rawatan akupunktur boleh menggantikan ubat bius semasa dalam proses pembedahan.
Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan tradisional. Lebih-lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit yang berbahaya. Dan perubatan tradisional semakin mendapat sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab. .Sistem rawatan secara tradisional juga dikatakan amat berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti jangkitan HIV atau AIDS, penagihan dadah, ,kencing manis dan penyakit mental. Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan perubatan moden. Untuk penyakit hilang akal atau gila umpamanya, terdapat bomoh atau pengamal perubatan tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya. Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan tradisional, bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden. Dalam penagihan dadah pula, terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional. Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan .
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih lagi belum mampu hendak membiayai belanja dan kos perubatan moden. Bayaran perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden. Maksudnya, kian canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden, kian tingggi pula kos yang terpaksa ditanggungkan oleh orang ramai. Contohnya kos sebanyak RM20,000 atau lebih yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan sinaran laser.
Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat, tetapi dengan kos yang tinggi itu,berapa orangkah yang mampu membiayainya?. Bagi rawatan tradisional, kadar bayarannya murah kerana perkhidmatan ini berlandaskan niat ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan. Maka, bayaran biasanya mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit. Dari segi rawatan pula, perubatan tradisional tidak memerlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit, tetapi perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.
Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubat-ubatan tradisional yang murah. Bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh mengurangkan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi.
Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk di negara ini. Perubatan cara ini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja, malahan oleh masyarakat lain seperti India dan Cina.Semua kaum mempunyai sistem rawatan tradisional masing-masing.
Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan daripada Bomoh atau dukun Melayu, sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan daripada sinseh dan bomoh Cina. Ini membuktikan bahawa sistem rawatan tradional ini digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat dan tidak terhad kepada sesuatu kaum sahaja.
Hakikat bahawa amalan ini pada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.Selain itu sistem rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini masih diperlukan di negara ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti itu sudah sebahagian daripada kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di pedalaman dan masih tertinggal dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan tradisional adalah warisan nenek moyang sejak zaman-berzaman lagi.
Dalam semua jenis penyakit, mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada bomoh atau dukun untuk menyembuhkannya. Kepercayaan ini telah dibuktikan benar melalui pengalaman sehari-harian mereka. Mereka berpegang kepada amalan dalam agama Islam bahawa tidak tidak ada penyakit yang tidak boleh disembuhkan melainkan 'mati'.
Kesimpulannya, kemajuan ilmu dan materialistik yang kita capai, Kita tidak seharusnya menyebabkan kita melupkan sistem perubatan Tradisional. Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dan kehidupan manusia.Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang .Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden demi meninggikan mutu perubatan di negara ini.
.
Rujukan
- Introduction . traditional medicine John L.Vancat 1970, Pretice Hall
- Introduction to Plant, Nicholas Polunin, Longman (1980).
//www.yahoo.medicine.com//
traditional medicine
- Faizah Din.Cara untuk mengekalkan perubatan Traditional,
Penerbitan Dewan bahasa Pustaka, 1980
- http://www bologist.com.JCS?108/03?JC3319P//
Subscribe to:
Posts (Atom)