Thursday, 13 October 2011

KUMPULAN DIKIR REBANA DAN MARHABAN.

Kumpulan dikir rebana.

Kumpulan dikir rebana dan marhaban Kampung Jeram Landak sangat aktif membuat persembahan samada diperingkat kampung dan daerah Lipis. Malahan juga membuat persembahan hingga keperingkat Negeri Pahang.

Kumpulan marhaban.

Wednesday, 12 October 2011

PULAU SAMAS SEBAGAI 'INLAND BEACH'.

Pulau Samas yang terletak di Kg Jeram Landak bakal dipromosikan sebagai sebah kawasan rekreasi air di Daerah Lipis. Pulau ini dengan pasir yang melandai sesuai dijadikan kawasan perkelahan dan aktiviti  rekreasi air seperti permainan jetski, lumba bot/perahu selain dari mandi-manda,  perkemahan dan memancing.




Pandangan dari Pulau Samas.


Dengan pasirnya yang melandai, Pulau Samas boleh dimajukan lagi sebagai tarikan pelancung untuk datang beramai-ramai ke sini. Pelbagai aktiviti boleh diadakan untuk menarik kedatangan pelancung luar seperti pesta sukan air sebagai contoh.


Sukan air di Sipitang, Sabah.


Pada musim kemarau pula boleh diadakan pesta mengarau ikan  dimana pelancung bersama-sama dengan penduduk kampung di selat Pulau Samas.

Aktiviti perkemahan di Pulau Samas.


Usaha Kerajaan Dalam Pembangunan Aktiviti Sukan Air

Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan diberikan perhatian. Pembangunan sukan akan menekankan kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Selain sukan di darat dan sukan bermotor, sukan air harus dititikberatkan.

Aktiviti di pasir Pulau Samas.
a) Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan air untuk menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan air;

Sektor swasta digalakkan untuk melengkapi usaha Kerajaan dalam menyedia kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil dan perindustrian. Satu rancangan jangka panjang mengenai penyediaan dan pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi oleh sektor awam dan swasta akan digubal. Di samping itu, perkongsian dengan sektor swasta akan dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti bakat muda serta menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda menyertai aktiviti sukan air.
Aktiviti sukan rakyat di Pulau Samas.

b) Membangunkan budaya kesukanan di kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai program sukan air.

Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan air akan dianjur untuk terus meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat negeri dan daerah akan dinaik taraf.

Menggalakkan usaha membuat bot/perahu rekreasi.

c) Menggalak gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.

Program baru yang berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai di kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti kempen, program pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan diteruskan.Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia terutamanya di peringkat akar umbi menyertai acara sukan. Di bawah program ini, semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan sukan udara akan digalakkan dengan sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program dan aktiviti ini akan menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan.

d) Senjata baru pelancongan.

Kebelakangan ini, kebanyakan belia kegilaan sukan air yang lasak seperti meluncur air. Penglibatan mereka dalam pertandingan sukan air antarabangsa dapat menarik perhatian orang dunia. Nama negara kita akan diharumkan sekiranya wakil sukan air negara kita memperoleh johan. Secara tidak langsung, nama dan tempat menarik negara kita akan menjadi terkenal dan sektor pelancongan dibangunkan.

キロウニに位置ボンバ地区のレクリエーションエリア除外として昇格されます島にはお風呂水泳キャンプ、魚から離れてボート/ボートレースピクニックやゲームなどジェットスキーなどのウォーターレクリエーション活動のための理想的な傾斜の砂地です

傾斜した
さらにここに一緒に来て観光地として開発することができます様々な活動は、例えばウォータースポーツ祭典として外国人観光客を誘致するために開催することができます

乾季には海峡村人と一緒にどの観光客ごちそうになります


Tuesday, 11 October 2011

MENGEMPING PADI.

Emping ??.... Apa tu pak??. Itulah pertanyaan yang aku terima dari anak aku yang memang dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana kehidupan di bandar. 


Padi pulut muda yang hampir masak 
sesuai dibuat emping


Semasa aku masih budak kampung, emping adalah merupakan makanan pagi atau petang. Emping dibuat dari padi pulut yang hampir masak dan acara mengemping biasanya dilakukan pada sebelah malam dimusim menuai. Ketika inilah akan kedengaran bunyi lesung indek tingkah-meningkah dari lokasi mengemping. Di kampungku, acara mengemping padi dilakukan hampir setiap malam. 


Lesung Indek.


Kalau di kampung tempat aku tinggal, mendengar sahaja bunyi tingkahan lesung, sudah tahu di rumah siapa yang ada acara membuat emping. Bunyi tingkah lesung seakan-akan satu pesta pada masa itu.  


Menggoreng padi pulut muda (tanpa minyak).


Pada setiap malam, terdapat tiga atau empat rumah membuat emping dan kita akan mendengar bunyi lesung seakan-akan berlawan antara satu sama yang lain. 


Padi pulut yang telah digoreng ditumbuk 
menggunakan lesung indek.


Acara mengemping juga secara tidak lansung menjadikan hubungan erat antara penduduk di kampung aku.


Inilah yang dikatakan emping.



Berbalik kepada pertanyaan anak aku, jawapan yang  mudah adalah ... 'macam quaker oat ..'. 'Ooooo .. macam tu..'  katanya, dan barulah anak aku faham apa itu emping.....



Anakku bersama aruah datuknya semasa melawat sawah 
padi di Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam.




Emping??.... what is it??. That's the question that I received from my son who was born and raised in an atmosphere of urban life. When I was a kid, 'emping' are a morning or evening meals. Flakes that made from glutinous rice is almost cooked and season 'mengemping' usually done at every night of harvest season. When the sound of 'lesung' from a location index 'mengemping' difficile at that time in the village.  Just listen to the sound of 'lesung', you already knew which home who have made the event of 'mengemping'. The sound of a 'lesung' like behavior will be a party at the time. In fact, every night, there are three or four houses that make 'emping'  and we will hear a sound of 'lesung' like fighting with each other. Events of 'mengemping' will also indirectly makes a link between the villagers.

Returning to the question my son, the simplest answer is ... 'something like quaker 
oat ..'. 'Ooooo ..like that..' he said, and then he knew it......

PANGGUNG PARADISE DALAM KENANGAN.


Panggung Paradise (1970an).

Pada sekitar penghujung tahun-tahun 1960an sehigga awal tahun 1970an, sambutan hari raya samada hari raya Aidilfitri atau hari raya Aidiladha. Hari raya yang kedua adalah merupakan hari yang sangat meriah di Stesen Keretapi Mela. 

Seperti ada yang tidak kena dan tidak lengkap untuk menyambut kedua-dua hari perayaan tersebut bagi penduduk  Kampung Jeram Landak sekiranya pada hari kedua perayaan cuma duduk diam di rumah sahaja. Tanpa mengira status, jantina, dan usia, mereka beramai-ramai keluar ke Bandar Kuala Lipis bagi merayakan hari raya kedua. 

Keretapi menjadi pengangkutan utama kerana inilah sahaja pengangkutan yang ada untuk pergi ke bandar Kuala Lipis. Pada hari tersebut, gerabak keretapi penuh dengan manusia dari kampung seperti  Mela, Kerambit, Jeram Landak, Ganding, Talus/Dala, Batu 9, Sibar, Lentang..dan Kuala Lanar. Semua gerabak dipenuhi dengan penumpang yang ingin ke Kuala Lipis hanya dengan satu tujuan. Menonton tayangan wayang gambar, dan tempatnya ialah di Panggung Paradise, di Bandar Kuala Lipis. 

Tapak Panggung Paradise (2011)

Panggung Paradise yang kini telah tinggal kenangan. Maka pada hari tersebut penuh sesak panggung dengan segala rupa manusia. .Ada yang datang bersendirian, bersama pasangan atau berkeluarga.

Menurut sejarah, Panggung Paradise adalah satu-satu pusat hiburan yang wujud di Kuala Lipis pada masa itu... Panggung yang sering menayangkan filem-filem yang menggamit hati penduduk dan sentiasa menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat di Daerah Lipis. 

Pada setiap hari sabtu, panggung ini membuat tayangan dengan bayaran murah (cheap matinee). Bayaran tiket untuk orang dewasa adalah sebanyak 40 sen dan kanak-kanak sebanyak 20 sen, setiap kali tayangan. Tayangan 'matinee' bermula pada jam 11.00pagi. Pada Jam 2.00petang, pula  dengan kadar bayaran biasa iaitu 65 sen untuk dewasa sementara 40 sen untuk kanak-kanak..

Pelakun-pelakun inggeris seperti Clint Eastwood, Lee Van Cleef, Burt Reynolds, Charles Bronson, Terence Hill, Burt Spencer mewarnai tayangan filem di Panggung Paradise masa tu..Kesemuanya merupakan hero filem koboi dan lawak pecah perut..Kalau menonton ceritanya seminggu tidak habis dijaja. The Good,The Bad and The Ugly, For A few Dollars More, adalah antara filem-filem koboi yg menarik perhatian. 

Walaupun sebenarnya cerita tersebut sudah bertahun diputarkan di Kuala Lumpur, tetapi di Kuala Lipis, masih mendapat sambutan hangat. Kebiasaannya poster-poster yang mengiklankan filem yang akan ditayangkan di panggung akan dihantar ke kampong melalui perkhidmatan keretapi. 

Pengurus panggung Paradise, yang lebih dikenali sebagai 'Cina Uban' akan menguruskan segalanya.Nyonya penjual tiket yang raut wajahnya kelihatan sentiasa marah-marah,  dan Dollah Pendek, pengutip tiket wayang yang berbekalkan lampu suluh untuk menunjukkan tempat duduk pdnonton dalam kegelapan panggung. 

Kalau dibulan ramadhan, Panggung Paradise benar-benar menjadi syurga kepada sesiapa yang tidak berpuasa. Apabila panggung digelapkan untuk memulakan tayangan, maka terbaulah roti canai, murtabak, nasi ayam Thye Heng, bunyi sedutan air kotak dan bau serta kepulan asap rokok dari dalam panggung.

Beli Tiket Wayang.

Bangunan Panggung Paradise merupakan bangunan dua tingkat..Tingkat bawah menempatkan ruang tayang utama. Di ruang legar tingkat bawah terdapat peniaga keturunan india yang menjual minuman, buah-buahan, makanan ringan,dan rokok.Di tingkat atas terdapat ruang menonton kelas khas (reserve class) dengan kadar harga tiket yang mahal sedikit. Kelas khas ini biasanya dipenuhi oleh penonton yang datang berpasangan. 

Di ruang legar tingkat atas terdapat sebuah kedai makan kepunyaan peniaga kerturunan cina berasal dari Tanjung lipis. Tuan punya kedai makan adalah merupakan anak beranak Ah Kui dan isterinya yang amat fasih bertutur bahasa melayu loghat Kuala Lipis. Kedai makanan kepunyaan orang melayu pada masa itu agak kurang.  Antara kedai makanan keturunan cina yang dikunjungi oleh orang-orang melayu pada masa tu adalah Kedai Kopi Ghin Hai, Kedai Kopi Southern Park, Kedai Kopi Panjang dan Kedai Makan Thye Heng yang menjual nasi ayam.

Berbalik kepada kesah penduduk persekitaran Kampung Jeram Landak yang pergi menonton wayang pada hari raya kedua, inilah masanya penduduk kampong menghabiskan duit yang dikumpul sebelum hari raya dengan berhibur menonton wayang gambar. Walaupun kos untuk tiket wayang agak murah pada masa itu, risiko yang perlu ditanggung adalah jika ketinggalan keretapi untuk pulang semula ke kampong. Terpaksa bermalam di hotel atau di rumah rakit yang terdapat di tebing sungai Jelai di Bandar Kuala Lipis.

Tayangan filem-filem hindustan, indonesia dan melayu sudah menjadi kemestian..Penonton yang menunggu untuk masuk ke dalam panggung pada masa itu, berdiri pada palang besi di bawah pokok ketapang di hadapan panggung sambil menayangkan fesyen terkini, seluar baggy dan bellbottom untuk menarik perhatian gadis-gadis pingitan. Pelakun filen hindustan seperti Rishi Kapoor, Shashi Kapoor, Dharmendra, Ambitach Bachan, Hema Malini dan Parveen Babi adalah antara bintang filem hindustan yang menjadi igauan pada masa itu. Filem-filem dari Indonesia dengan para pelakun seperti Ratno Timoer,Dicky Zulkarnain,Rahmat Kartolo dan Benjamin S adalah antara bintang pujaan dari negara seberang.Filem-filem dari Hong Kong juga merupakan filem yang digemari.

Stesen Keretapi Mela.

Itulah antara kenangan semasa di kampong dahulu, terutamanya semasa hari raya kedua, kemeriahan bermula seawal jam 4.00 pagi lagi, sebermulanya perjalanan motor disel kepunyaan Haji Khatib Endol, Haji Ibrahim dan Haji Taha bertolak dari jeti Kampong Jeram Landak menuju ke jeti Temunga dan seterusnya berjalan kaki sejauh 3km ke Stesen Keretapi Mela untuk pergi menonton wayang gambar di Panggung Paradise di Bandar Kuala Lipis.

KUKUK TIMUN MUDA.

Kukuk Timun Muda.

Buah Timun Muda.

Kukuk timun di dibuat dari buah mentimun muda yang di kukuk dengan alat pengukuk (gunakan garpu) untuk diambil isinya saja dan  dicampur dengan daging ikan sungai yang dibakar tawar (bakar tanpa letak bahan lain cthnya garam dan lada), kemudian  dicampur dengan sedikit garam,tempoyak dan lada api yang dipatah-patahkan. Sedap dimakan bersama nasi yang masih panas... Selamat mencuba.


Resepi asal: Zali Bin Busu. yang diperturunkan oleh ibunya Pn Rokiah.

SAMBAL HITAM BELIMBING.


Sambal Hitam Belimbing.

Sambal hitam memang popular di Kuala Lipis. Setiap anak jati Lipis tahu apa itu sambal hitam. Ia  salah satu identiti Kuala Lipis selain rendang hitam, ikan kelah dan buah salak. Walaupun demikian, sekali sekala sambal hitam boleh juga didapati di Raub, Jerantut atau Bentong. Jarang-jarang pula terdapat di Temerloh, Bera, Kuantan dan daerah lain di Pahang. Rasanya sedap, bahkan amat sedap bagi penggemarnya. Namun begitu ada juga yang tidak gemarkannya.

Melalui tinjauan yang dibuat, ramai bukan orang Pahang yang sudah terpikat dengan keunikan rasa sambal hitam. Rasanya lebih kepada kemasam-masaman. Kerap juga kita jumpa sambal ini di kedai-kedai makan di Kuala Lipis. Sambal hitam menggantikan sambal ikan bilis yang biasa bagi nasi lemak atau pulut. Kini ia dijual dalam bekas kecil dengan harga serendah RM2.00.

Menurut Cikgu Tina dari Kampung Jeram Landak, Kuala Lipis, setiap rumah orang Lipis mesti menyediakan  sambal ini pada kebanyakan masa makan.Kanak-kanak perempuan seawal usia 11 tahun sudah mulai tahu cara membuatnya. Resipi turun temurun lah katakan.

Secara asas, berikut ialah  resipi sambal hitam:

Belimbing Buluh

Belimbing Buluh yang telah direbus.

Belimbing buluh (direbus dengan garam sehingga kehitam-hitaman, jangan dibuang airnya. sedap dibuat pencicah ikan bakar).
Ikan bilis.
Lada Padi (cili api).
Minyak masak.
Bawang merah.
Gula (sedikit sebagai perasa).

Belimbing buluh yang sudah direbus (biasanya antara satu hinga dua jam, bergantung kepada kuantitinya) dituskan airnya. Belimbing yang bertukar warna coklat kehitam-hitaman ini digelar asam belimbing.
Tumbuk ikan bilis sekadarnya jangan sampai hancur lebur. (Tumbuk dalam lesung batu ya, bukan guna penumbuk tangan) Masukkan lada sepedas yang dikehendaki. Tumbukkan bawang juga.  Akhirnya masukkan asam belimbing  yang memang sudah masam. Tumbuk atau lenyek sahaja dengan antan lesung batu sebab belimbing tu sudah sedia lembik pun. Garam tak perlu dimasukkan sebab asam belimbing sudah dicampur garam. Namun jika belum mencapai tahap leleh  yang dikehendaki oleh air liur, boleh saja tambahkan garam.

Panaskan minyak masak dalam kuali. Semua bahan tadi  dimasak sehingga naik aromanya. Selepas itu bolehlah dihidang dan dimakan bersama lauk-pauk yang lain. Menariknya, statusnya sebagai sambal kerap dinaiktarafkan sebagai lauk utama. Sambal ini juga boleh tahan untuk beberapa hari tanpa dingin beku. Jika disimpan dalam peti sejuk, lebih lama tahannya. Ada juga orang memakan sambal ini secara mentah sahaja.
Awas, jangan makan berlebihan. Impaknya sama macam makan sambal belacan...

Monday, 10 October 2011

HARI INI DALAM SEJARAH.




22.8.1892 – Mat Kilau dan adiknya Awang Nong menyerang Duff dan Panglima Perang Yusuf di kubu Kuala Atok, Sg. Tembeling.

23.8.1892 – Walker dan E.A. Wise tiba di Kuala Atok untuk memberi bantuan tetapi Mat Kilau dan Awang Nong serta pengikut berundur ke Rueh (Ruai) kemudian ke Tenggiling di Hulu Lebir.

6.9.1892 – Orang-orang Bahaman menggeledah perahu pegawai British di Jeram Cangkong (berhampiran Kg. Jeram Landak) Walker meneruskan gerakan hingga ke Kenong, kemudian pulang ke Kuala Tembeling.

16.9.1892 – Hugh Clifford, Walker dan Duff serta 46 orang polis Sikh memburu Bahaman ke Kecau. Pasukan Bahaman berundur ke Temesu kemudian ke Hulu Nenggiri berhampiran Pulai.

Disember 1893 – Maharaja Purba Jelai berunding dengan Tok Gajah, Bahaman dan Mat Kilau di Cekuas, Hulu Tembeling bagaimanapun menolak syarat penyerahan diri.





Sumber:
A History Of Pahang - A Note (Pahang, Sejarah dan Budaya – Norazit Selat)